Pages

Jumaat, 3 September 2010

Tips selamatkan wang kamu!

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Hari ini saya nak share satu tips yang simple bagaimana kita boleh berjimat tanpa menjadi kedekut. Dan satu cerita bagaimana saya belajar cara ini the “hard way” dalam hidup saya.

Cara tersebut adalah beli benda yang anda perlu sahaja dan jangan membazir. Tunggu! Jika anda rasa anda tahu, baca dulu. Saya akan serlahkan beberapa perkara yang sering kita lakukan tanpa sedar.

Seringkali kita suka membeli belah (saya mengaku, saya SANGAT SUKA shopping), dan kita sering teruja dengan tawaran-tawaran yang dan diskaun yang diberikan. Sehingga kita membeli sesuatu yang kita tidak rancang, jauh sekali perlukan.

Contoh: Ada selalu ke KFC?
Anda suka tak Mashed Potato & Coleslaw? Jika anda suka, saya percaya anda akan membeli Set Snack Plate atau Dinner Plate bukan? :mrgreen: Untuk anda, tak apa.

Tapi, jika anda tidak suka, pastikan anda tidak membeli set tersebut. Cukuplah sekadar anda membeli 2 piece or 3 piece chicken sahaja ditambah air. Tidak perlu anda membeli set dan kemudian membazirkannya dengan tidak menyentuh langsung (seperti Syazwan). :razz: Saya tahu, ramai juga yang membeli tetapi tidak menjamahnya, kerana terbiasa membeli set.

Bagaimana Saya Belajar Perkara Ini The Hard Way

Ketika di sekolah rendah dahulu (Darjah 4 kalau tak salah), selepas aktiviti kokurikulum pada hari Sabtu, saya dan beberapa orang rakan saya pergi ke KFC untuk membelanjakan wang saku yang dikumpul sepanjang minggu. Dasar kanak-kanak sekolah rendah, saya tahu saya ada duit yang banyak (lebih RM 5), tetapi saya tidak kira dengan spesifiknya berapa.

Dan juga, biasalah hidup sebagai kanak-kanak jika duit habis dibelanjakan sehingga poket kosong.

Mulanya, saya cuma ingin memesan 2 ketul ayam goreng sahaja, sebab memang pun KFC hanya best pada ayamnya sahaja, tetapi di kaunter, kakak tersebut berkata “Adik tak nak ambil set, dapat air besar tambah RM 1.XX je, biasa kena tambah RM 2.XX (anggaran)”

Sebetulnya saya tidak berapa dahaga, inikan pulak nak menghabiskan air bersaiz besar. Namun, kerana saya tertawan dengan tawaran tersebut dan ingin menjimatkan RM 2, saya pun ambil. Selesai makan, (air setengah pun tak dihabiskan sebab dah kenyang sangat), kami berpisah dan saya menaiki bas seorang diri untuk ke rumah (rumah lain-lain tempat).

Ketika konduktor tersebut datang ke tempat duduk saya untuk mengutip tambang (bas old fashion, masih ada konduktor, bukan macam Rapid KL), saya menyeluk poket saya untuk mencari kepingan-kepingan syiling untuk dibayar. Terkejutnya saya apabila saya cuma ada 30 sen! (sepatutnya tambang kanak-kanak sekolah 50 sen)

Puas saya menyeluk poket dengan peluh menitik-nitik di dahi. Alamak! Takkan lah kena jalan kaki balik rumah kot. Jauh giler, kena lalu kubur pulak tu…

Saya menyerah diri dengan bertanya kepada makcik konduktor tersebut, “Alamak makcik, saya ada 30 sen je. Macam mana?” Pasrah. Beliau berkata sesuatu kepada pakcik disebelah saya.

Mujurlah dalam bas yang sesak tersebut, pakcik di sebelah saya membayar bakinya untuk saya (itupun dengan kejamnya berleter berkata “Dah tak ada duit jangan naik bas” :oops: Malu saya).

Sejak hari itu saya fobia kerana asyik terfikir-fikir. Kalaulah saya tidak order set tengah hari itu, sudah pasti saya akan ada cukup wang untuk dibuat tambang. Adoi….

Jadi jangan terkejut jika anda makan KFC bersama saya, saya tidak akan order Snack Plate / Dinner Plate kecuali jika saya memang teringin nak makan Mashed Potato. Juga saya bukan orang yang senang untuk menambah dengan apa apa promosi tambah RM xx.xx je, walaupun semurah mana. FOBIA! :lol:

Oh ya, jangan pula jadi kedekut sehingga tidak mahu langsung makan makanan sedap-sedap dan sanggup ikat perut. Ingat, berjimat dengan tidak membazir. Bukan Kedekut. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan